Maksud: Pelakon filem
bintang gelap
Maksud: Bernasib malang.
Contoh ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.
bintang hati
Maksud: Orang kesayangan
Contoh ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.
bintang kehormatan
Maksud: Tanda jasa atau penghormatan
bintang terang
Maksud: Nasib baik.
Contoh ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.
biru laut
Maksud: Biru seperti warna laut