Maksud: Tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja)
buruk perut
Maksud: Kuat makan
Contoh ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.
buruk sangka
Maksud: Salah sangka.
Contoh ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.
buruk selera
Maksud: Rakus, tamak
buruk siku
Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.
Contoh ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.
buruk tak tahu akan hinanya
Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri