Maksud: Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya atau orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan
buta ala
Maksud: Bengis dan kejam
buta ayam
Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.
Contoh ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.
buta belalang
Maksud: Buta, tetapi mata tidak rosak
buta hati
Maksud: Bersikap kejam.
Contoh ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.
buta huruf
Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.