Maksud: Tidak mempedulikan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik
diam penggali
Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
Contoh ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.
diam penggali berkarat
Maksud: Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.
diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil
Maksud: Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
diam-diam lepu
Maksud: Pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali
diam-diam ubi
Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.
Contoh ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.