Maksud: Pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
Maksud: Pendiam tetapi berfikiran atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Maksud: Diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.
Contoh ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.
diang di abu dingin
Maksud: Pertolongan yang sia-sia (tidak berguna)
dianjak layu, dianggur mati
Maksud: Keputusan yang muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi)
dianjak layu, dibubut mati
Maksud: Keputusan yang muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi)