Maksud: Orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya
gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan
Maksud: hendak meniru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri yang binasa
gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Maksud: Jikalau raja-raja berselisih, rakyatlah yang mendapat kesusahan
gajah berhati, kuman pun berhati juga
Maksud: Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
gajah dialahkan oleh pelanduk
Maksud: Orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah
gajah dipandang seperti kuman
Maksud: Orang yang sangat marah tidak takut pada siapa-siapa biar sekalipun lawannya.
Contoh ayat: Ali yang sangat marah umpama gajah dipandang seperti kuman lagaknya, tidak takut berdepan dengan samseng itu.