Maksud: Anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan
gajah lalang
Maksud: Gajah yang jinak
gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli
Maksud: Pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil untuk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat
gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang mustahak dengan tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yang tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi
gajah mati kerana gadingnya
Maksud: Seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya
gajah mati meninggalkan tulang
Maksud: Jasa baik seseorang yang mati dikenang juga