Maksud: Dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan)
gundahkan buah dimakan burung
Maksud: Bersusah hati terhadap wanita yang telah berkahwin dengan orang lain
gunjing gujirat
Maksud: Pelbagai umpat dan fitnah
gunting dalam lipatan
Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari.
gunung juga yang dilejang panas
Maksud: Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya
gunung runtuh
Maksud: Bunyi yang bergemuruh