Maksud: Melakukan pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah dimiliki)
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Maksud: Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan
Maksud: Oleh kerana mengharapkan keuntungan yang besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yang kecil tapi sudah tentu, dilepaskan
harapkan pagar, pagar makan padi
Maksud: Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.
Contoh ayat: Kejadian seorang pegawai penguatkuasa ditangkap kerana pecah masuk ke dalam sebuah bangunan yang berada di bawah kawalannya itu bolehlah disifatkan sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan
Maksud: Kerana mengharapkan laba yang besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan
harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan
Maksud: Percaya kepada orang yang malas