Maksud: Hidup mati terletak di tangan tuhan
hilang adat tegal muafakat
Maksud: Adat boleh diubah dengan persetujuan orang ramai
hilang akal
Maksud: Gila.
Contoh ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.
hilang bahasa lenyap bangsa
Maksud: Sekiranya sesuatu bahasa sudah tidak terpakai, bangsanya akan lenyap lambat-laun; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri
hilang bahasa, lenyaplah bangsa
Maksud: Jika sesuatu bahasa itu lenyap, maka hilanglah bangsa tersebut.
Contoh ayat: Orang Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa.
hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka
Maksud: Fikiran yang jahat akan membahayakan diri sendiri