Maksud: Sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
Maksud: Sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
hujan lalu
Maksud: Hujan yang sebentar
hujan menimpa bumi
Maksud: Seseorang itu mesti tunduk kepada perintah pihak yang berkuasa
hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup
Maksud: Telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah