kesturi mati kerana baunya

Maksud: Perihal orang yang ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya

kesuma bangsa

Maksud: Golongan muda yang menjadi harapan bangsa dan negara

ketam batu

Maksud: Sangat kedekut.

Contoh ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Maksud: Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi din sendiri tidak melakukan demikian.

Contoh ayat: Perbuatan si Hassan samalah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul kerana dia suka menegur orang yang malas tetapi dia sendiri juga malas.