Maksud: Orang yang mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya
lidah tidak bertulang
Maksud: Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
lihat anak pandang menantu
Maksud: Apabila melakukan sesuatu, di samping baik bagi diri sendiri, fikirkan kesannya terhadap orang lain juga, hendaknya baik juga bagi orang lain.
lima waktu
Maksud: Waktu sembahyang lima kali sehari
limau masak sebelah, perahu karam sekerat
Maksud: Hukuman atau aturan yang tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan)
limau masak seulas
Maksud: Kepandaian yang melebihi kepandaian saudara-saudaranya yang lain