lincir mulut

Maksud: Pandai berkata-kata dengan maksud yang menyesatkan

lintah darat

Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Contoh ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

lipas kudung

Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.

Contoh ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.