mencurah air ke daun keladi

Maksud: Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

Contoh ayat: Segala nasihat Pak Uda kepada abang bagai mencurah air ke duan keladi kerana abang masih tidak mengubah perangainya.

mencurahkan air di daun keladi

Maksud: Memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya.

Contoh ayat: Segala usaha saya memberikan nasihat kepadanya hanya seperti mencurahkan air di daun keladi kerana dia masih tidak mengubah perangainya.

mencuri tulang

Maksud: Pemalas.

Contoh ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.