Maksud: Walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud: Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendiri atau keuntungan atas kemewahan datang daripada berbagai-bagai punca.
Contoh ayat: Produk pertanian mampu menjadi peniagaan yang menguntungkan sekiranya para petani gigih berusaha, bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Maksud: Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.
yang bongkok juga dimakan sarung
Maksud: Yang bersalah juga yang akan menanggung dosa
yang bisu penghalau ayam
Maksud: Seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya
yang bisu penggera ayam
Maksud: Seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya