Maksud: Seseorang yang gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya
bunga dipetik, perdu ditendang
Maksud: Isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci)
bunga dipersunting, sudahnya akan layu
Maksud: Sesuatu yang dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang)
bunga dedap
Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
Contoh ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
Maksud: Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)
bunga bukan sekuntum
Maksud: Laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini