Maksud: Sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yang tidak berharga lagi
bukan main
Maksud: Justeru, sesungguhnya, sebenarnya
bukan di retak panas
Maksud: Bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan)
bukan budak-budak makan pisang
Maksud: Seseorang yang tidak mudah ditipu atau diperdayakan
bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya
Maksud: Bukan khabar angin, tetapi didapati dari pangkalnya (sumbernya) yang benar
buka tembelang
Maksud: Mendedahkan keburukan orang lain.
Contoh ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.