Maksud: Mendengar dengan teliti
buka pintu
Maksud: Memberi peluang
Contoh ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.
buka mulut
Maksud: 1. Berkata-kata.
2. Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.
Contoh ayat: 1. Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang.
2. Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.
buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati
Maksud: Bagi sesuatu perkara yang tidak berkenaan dengan kita, boleh dilihat dan didengar, tetapi jangan bercampur mulut
buka mata
Maksud: 1. Melihat dan meluaskan pandangan.
2. Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.
Contoh ayat: 1. Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.
2. Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.
buka langkah seribu
Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.