Maksud: Perihal suatu perusahaan yang bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir
biduk lalu kiambang bertaut
Maksud: Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.
biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju
Maksud: Suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil
bidan terjun
Maksud: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak tanpa dirancang.
Contoh ayat: Encik Kasim menjadi bidan terjun menggantikan Encik Dollah sebagai pengerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan.
bidan tarik
Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.
Contoh ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.
bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga
Maksud: Kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar