Maksud: Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah walaupun pendapatnya salah.
bertegang urat
Maksud: Tetap tidak mahu mengaku kalah walaupun salah
bertegang leher
Maksud: Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah.
Contoh ayat: May Ling sanggup bertegang leher dengan abangnya daripada mengakui kesalahannya.
bertegak nama
Maksud: Upacara memberi nama
berteduh di bawah betung
Maksud: Pertolongan yang tidak memadai
bertari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat
Maksud: Sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yang salah atau tidak cukup