Maksud: Deru yang amat menghibakan
bagai nikah tak suka
Maksud: Berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya
bagai nangka masak menyesak sarungnya
Maksud: Rupa seorang yang tambun
bagai nangka masak gugur
Maksud: Bunyi jatuh orang yang gemuk
bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap
Maksud: Membuat pekerjaan yang membawa kerugian (perbelanjaan yang berlebih-lebihan)
bagai murai tercabut ekor
Maksud: Seseorang yang becok mulutnya.
Contoh ayat: Siti yang bercakap bagai murai tercabut ekor itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.