Maksud: Sesuatu yang dilakukan dengan pantas
bagai limau masam sebelah
Maksud: Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah
bagai lesung dengan antan
Maksud: Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
bagai lepat dengan daun
Maksud: Sesuai atau padan benar (tidak boleh berpisah)
bagai lembu dicucuk hidung
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain tanpa mempersoalkannya.
Contoh ayat: Dia seperti lembu dicucuk hidung dengan mengikut apa sahaja arahan orang yang telah memberi rasuah kepadanya.
bagai lebah menghimpun madu
Maksud: Orang yang sangat rajin.
Contoh ayat: Pak Dolah bekerja bagai lebah menghimpun madu untuk membina rumahnya dengan segera.