Maksud: Perihal air mata yang bercucuran
bagai mandi dalam cupak
Maksud: Sesuatu (pertolongan dan lain-lain) yang tidak mencukupi
bagai makan buah simalakamo, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak
Maksud: Dalam keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu tetap akan mendatangkan bencana)
bagai lulur bersetonggeng
Maksud: Melakukan sesuatu yang sukar kerana malu (takut, terpaksa, dan lain-lain)
bagai lukah, tak penuh oleh air
Maksud: Perihal budak yang tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja)
bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan
Maksud: Perihal kanak-kanak yang subur tubuhnya (cepat membesar)