Maksud: Sepakat
bagai kerbau terkejut oleh gong
Maksud: Tercengang-cengang kehairanan
bagai kerbau runcing tanduk
Maksud: Orang yang terkenal kerana jahatnya
bagai kerbau dicucuk hidung
Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain.
bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Maksud: Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita.
Contoh ayat: Sejak putus mata pencariannya hidup Pak Bakar tidak ubah bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
bagai kerakap tumbuh di batu, hidup enggan mati tak mahu
Maksud: Hidup melarat dan miskin