Maksud: Keadaan hidup melarat dan menderita.
bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu
Maksud: Hidup melarat dan miskin
bagai kera mendapat bunga
Maksud: Sesorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.
Contoh ayat: Laila bagai kera mendapat bunga apabila dia membuang bunga yang dihadiahkan kepadanya.
bagai kera diberi kaca
Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak dapat dipergunakan
bagai kera dapat canggung
Maksud: Perihal orang yang telah ditolong mendampingkan dirinya kepada orang yang menolongnya
bagai kepiting batu
Maksud: Sangat bakhil (kedekut)