Maksud: Seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang
bagai anak sepat ke tohor
Maksud: Dikatakan kepada orang yang bermalas di tempat orang lain
bagai anak seorang, penaka tidak
Maksud: Memiliki sesuatu yang tidak ada gantinya
bagai anak nangui
Maksud: Sangat ramai
bagai anak nakhoda kasap; pangkal hilang hujung lesap
Maksud: Cuba membuat kerja yang tidak diketahui, akhirnya rugi sahaja
bagai anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan
Maksud: Oleh kerana mementingkan urusan orang, urusan sendiri ditinggalkan