Maksud: Tenuk
ayat suci
Maksud: Ayat-ayat dalam al-Quran
ayam yang tangkas di gelanggang
Maksud: Orang yang pandai berucap di dalam majlis
ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling
Maksud: Cemburu terhadap kebahagiaan orang lain
ayam tidur senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling
Maksud: Orang yang berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang
ayam terlepas, tangan bau tahi
Maksud: Dikatakan kepada orang yang mengerjakan perbuatan yang dilarang itu akhirnya mendapat malu.
Contoh ayat: Walaupun orang kampung tidak memukulnya sebaik sahaja ditangkap kerana mencuri, tetapi perasaan malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang kerana selama ini dia terkenal sebagai seorang pemuda yang baik. Perkara ini samalah seperti ayam terlepas, tangan bau tahi.