ayam terlepas, tangan bau tahi

Maksud: Dikatakan kepada orang yang mengerjakan perbuatan yang dilarang itu akhirnya mendapat malu.

Contoh ayat: Walaupun orang kampung tidak memukulnya sebaik sahaja ditangkap kerana mencuri, tetapi perasaan malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang kerana selama ini dia terkenal sebagai seorang pemuda yang baik. Perkara ini samalah seperti ayam terlepas, tangan bau tahi.