Maksud: Ayam yang berbulu merah tua, hitam mata dan kakinya
ayam tambatan
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang
Maksud: Nasib yang malang (buruk) sekali
ayam tak patuk, itik tak sudu
Maksud: Dalam keadaan hina (tidak dipedulikan orang)
ayam sikunami
Maksud: Ayam yang hitam bulu, tulang dan dagingnya
ayam selasih
Maksud: Ayam yang berbulu putih