air dicencang takkan putus

Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

air di daun keladi

Maksud: Tidak mendengar nasihat.

Contoh ayat: Ibu Maya berasa sangat sedih dengan sikap nakalnya yang tidak berubah walau telah dinasihati berulang kali. Setiap tegurannya tidak mempunyai kesan ibarat air di daun keladi.