Maksud: Mencari rezeki.
Contoh ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.
Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
Contoh ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.
Maksud: Berkelahi
Contoh ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.