Maksud: Pakar pembedahan.
agung susut, pongah masih
Maksud: Orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga
agih-agih kongkang
Maksud: Terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan
agak-agak bertutur malam hari
Maksud: Mesti selalu beringat ketika mempertuturkan sesuatu
agak lebih daripada agih
Maksud: Banyak pendapat, sedikit kerja
adu untung
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh ayat: Ali datang dari seberang dan cuba mengadu untung di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.