ada hati

Maksud: Keinginan.

Contoh ayat: Walaupun berpendapatan kecil, Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

ada hal

Maksud: Ada sesuatu yang hendak dipercakapkan atau dilakukan.

ada hajat

Maksud: Mempunyai keinginan atau maksud.

ada gula ada semut

Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat: Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

ada gaya

Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Contoh ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.