Maksud: Seseorang yang didahului oleh orang yang lebih mulia (kaya) dalam hal meminang gadis dan lain-lain
seperti anjing dengan kucing
Maksud: Selalu bertengkar.
Contoh ayat: Perangai dua beradik itu seperti anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar.
seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud: Orang yang bersikap tamak
seperti anjing beroleh bangkai
Maksud: Dikatakan kepada orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudahnya
seperti anjing berjumpa pasir
Maksud: Orang yang selalu ria hati kerana mendapat benda yang disukainya
seperti anjing berebut tulang
Maksud: Orang tamak memperebutkan harta.