Maksud: Kejadian yang kecil diperbesar orang ke sana sini
pecah tembelang
Maksud: Terbuka rahsia.
Contoh ayat: Pecah tembelang Deraman apabila cikgu mendapati bahawa dia telah meniru karangan orang lain.
pecah periuk nasinya
Maksud: Hilang mata pencariannya
pecah perang
Maksud: Peperangan bermul
pecah menanti sebab, retak menanti belah
Maksud: Hanya menanti masa untuk membalas dendam dan lain-lain
pecah khabar
Maksud: Tersiar berita.
Contoh ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.