Maksud: Perihal orang yang mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi
neraka dunia
Maksud: Kehidupan yang penuh dengan kesusahan.
neraca yang palingan, bungkal yang piawai
Maksud: Perihal hakim yang adil hukumannya
neraca palingan bungkal, hati palingan tuhan
Maksud: Fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah
nenek kebayan
Maksud: Watak wanita tua yang menjadi orang perantara dalam percintaan antara pemudi-pemudi dalam cerita penglipurlara
negeri ramal
Maksud: Tanah Arab.