Maksud: Mendapat jalan penyelesaian
mendam berahi
Maksud: Ghairah atau menggilai seseorang
mendakikan perkara
Maksud: Membawa perkara kepada pengadil yang lebih tinggi
mendabik dada
Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.
mencuri tulang
Maksud: Pemalas.
Contoh ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia men'curi tulang dengan berbual-bual di serambi.
mencurahkan air di daun keladi
Maksud: Memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya.
Contoh ayat: Segala usaha saya memberikan nasihat kepadanya hanya seperti mencurahkan air di daun keladi kerana dia masih tidak mengubah perangainya.