mandi embun

Maksud: Membiarkan diri dibasahi embun.

mandi darah

Maksud: Berlumuran darah.

Contoh ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

mandi damai

Maksud: Mandi bagi pengantin setelah selesai nikah.

mandi bunga

Maksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.

Contoh ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.

mandi berhias

Maksud: Upacara mandi bagi pengantin perempuan sebelum dinikahkan.