Maksud: Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.
lempang hati
Maksud: Jujur
lembut hati
Maksud: Penyayang.
Contoh ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.
lembut gigi daripada lidah
Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.
lembu tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga
Maksud: Orang yang sudah terkenal jahatnya
lembu punya susu, sapi dapat nama
Maksud: Orang lain berusaha, orang lain mendapat nama.