Maksud: Kusut sekali
kusut hujung dengan pangkal kerana salah memulai
Maksud: Tidak sempurna pekerjaan yang dibuat kerana salah memulakannya
kusut fikiran
Maksud: Susah hati
kusut diselesaikan, keruh diperjernih
Maksud: Persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan)
kusut di hujung, lari ke pangkal
Maksud: Pembicaraan yang terpesong daripada topik, hendaklah dikembalikan ke pokok masalah dengan segera
kusut di hujung bawa ke pangkal
Maksud: Apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah