Maksud: Orang yang menjadi kuat dalam sesuatu perkara kerana ada yang menolong atau menyokongnya dari belakang
kuat lilit kerana simpulnya
Maksud: Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya
kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat ikan kerana radai
Maksud: Berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya
kuat ikan kerana radai, kuat ketam kerana sepit
Maksud: Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
Maksud: Merasa kuat kerana kelebihan diri masing-masing. Setiap orang mempunyai kekuatan atau kelebihan diri masing-masing.
kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat
Maksud: Perihal orang besar (mulia) yang membuat kesalahan