Maksud: Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
kuat burung kerana sayap
Maksud: Tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri
kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah
Maksud: Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
Maksud: Kelebihan seseorang itu kerana suka bermuafakat satu sama lain
kuasa asing
Maksud: Pihak pemerintah dari luar negara
kuah tumpah ke nasi
Maksud: Dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan)