khabar angin

Maksud: Berita yang belum sah.

Contoh ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Maksud: Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi din sendiri tidak melakukan demikian.

Contoh ayat: Perbuatan si Hassan samalah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul kerana dia suka menegur orang yang malas tetapi dia sendiri juga malas.

ketam batu

Maksud: Sangat kedekut.

Contoh ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.