Maksud: Golongan muda yang menjadi harapan bangsa dan negara
kesturi mati kerana baunya
Maksud: Perihal orang yang ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya
kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur
Maksud: Orang miskin dan tidak berilmu yang tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya
kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur
Maksud: Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yang bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya
kesat daun pimping
Maksud: Lemah tetapi membahayakan
keruh hati
Maksud: Berperasaan tidak jujur