Maksud: Pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
kalau campak batu, banyak kena kepala
Maksud: Ramainya orang
kalau boros lekas kerugian
Maksud: Orang yang boros itu akhirnya beroleh kesusahan
kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya
Maksud: Tunggu dahulu dengan tenang apa yang akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan
kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan
Maksud: Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk.
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
Contoh ayat: Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.