Maksud: Tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dan lain-lain
tidak mengenang pasang surut
Maksud: Tidak memikirkan kesusahan yang mungkin terjadi pada kemudian hari
tidak mati oleh belanda
Maksud: Orang yang telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dalam perniagaan dan lain-lain)
tidak masuk buku
Maksud: Tidak termasuk dalam hitungan
tidak makan siku-siku
Maksud: Cakap seseorang yang berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya)
tidak lekang dek panas; tidak lapuk dek hujan
Maksud: Tiada berubah-ubah, tetap selama-lamanya (bkn adat)