Maksud: Ingin melakukan sesuatu perkara tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat
hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai
Maksud: Hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani
hendak hinggap tiada berkaki
Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya
hendak harum terlalu hangit
Maksud: Kerana terlalu ingin meninggikan diri akhirnya mendapat malu
hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar
Maksud: Berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit, berada dalam keadaan yang serba salah
hendak bertanduk kepala dipahat
Maksud: Sanggup berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri demi menunjukkan kemegahan