Maksud: Apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga
tiada berorang di rumah
Maksud: Perihal seorang perempuan yang belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi
tiada berluluk mengambil cekerau
Maksud: Mendapat untung dengan tidak bersusah payah
tiada berbulu lagi
Maksud: Tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali)
tiada berbau telunjuk saya
Maksud: Menyatakan tidak percaya pada sesuatu cerita (khabar dan lain-lain)
tiada beban, batu digalas
Maksud: Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.