berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu.

Contoh ayat: Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

berkongsi